HONG KONG, 30 April – Standard Chartered mengumumkan pembelian balik saham sehingga AS$1 bilion hari ini tatkala bank melaporkan satu pertambahan dalam keuntungan sebelum cukai suku pertama.
Pembelian balik pertama pemberi pinjaman dalam hampir dua dekad itu diadakan dua minggu selepas ia mencapai penyelesaian berjumlah AS$1.1 bilion untuk memproses transaksi yang melanggar sekatan AS ke atas Iran dan melanggar syarat-syarat anti-penggubahan wang.
Keuntungan sebelum cukai suku pertama pemberi pinjam yang berpangkalan di London itu meningkat 10 peratus kepada AS$1.38 bilion, katanya, menyebabkan saham meningkat 5.2 peratus di Hong Kong.”Keuntungan suku pertama kami menyokong kepercayaan kami bahawa kami akan menghasilkan pulangan tahun sepenuhnya sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus pada tahun 2021,” kata ketua eksekuti, Bill Winters dalam satu kenyataan. – AFP