Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembelot Korea Utara disyaki seberang Selatan

    SEOUL, 11 OKT – Seorang pembelot Korea Utara disyaki menyeberangi sempadan de facto maritim barat bulan lalu dan kini berada di Selatan, kata tentera Seoul hari ini, beberapa hari selepas Pyongyang berkata ia akan menutup sempadan kedua-dua Korea itu.

    Tentera Korea Utara berkata minggu ini mereka akan menutup dan menyekat sempadan selatan secara kekal di samping menyekat sepenuhnya jalan raya dan kereta api yang dihubungkan ke Selatan serta membina struktur pertahanan yang kuat.

    Pengerusi Ketua Turus Bersama Seoul, Kim Myung-soo memberitahu penggubal undang-undang kelmarin bahawa langkah terbaharu Korea Utara bertujuan untuk mencegah pencerobohan luar kakitangan dalaman ke Selatan.

    “Tentera kami menahan seorang individu yang disyaki berasal dari Korea Utara di Laut Barat pada pertengahan September dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang relevan,” beritahu tentera Seoul kepada AFP.

    “Tidak adanya pergerakan luar biasa dari tentera Korea Utara, dan kami tidak dapat mengesahkan sebarang butiran lanjut,” tambahnya.

    Agensi berita Korea Selatan, Yonhap berkata kejadian itu melibatkan seorang warga Korea Utara melarikan diri menaiki bot kayu.

    Kes terbaharu itu menyusuli dua pembelotan terbaharu, seorang menyeberangi sempadan darat antara Korea dan melalui zon neutral Sungai Han, kedua-duanya dilaporkan oleh Seoul Ogos lalu. – AFP

    Bendera kebangsaan Korea Selatan berkibar di Pos Pemerhatian Penyatuan di Paju, Korea Selatan pada 9 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda