PARIS, 1 Jan – FIFA cuba untuk menghubungi pemberi maklumat dari Rusia, Grigory Rodchenkov terhadap dakwaan dadah dalam bola sepak di Rusia dan akan melakukannya saekali lagi selepas contoh-contoh telah diuji semula oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), badan induk bola sepak dunia itu memberitahu AFP.
Dalam temubual bersama Associated Press, peguam Rodchenkov berkata anak guamnya mempunyai maklumat yang mungkin menarik tetapi mendakwa FIFA tidak membuat sebarang usaha untuk menghubungi lelaki yang juga sumber pendedahan mengenai dadah yang ditaja negara dalam negara hos Piala Dunia 2018. Ketika dihubungi AFP, FIFA berkata mereka cuba untuk mendapatkan Rodchenkov menerusi WADA sebelum 22 November tahun lalu, hanya dimaklumkan dia sukar dihubungi.
Kini FIFA menunggu analisis WADA bagi ujian dadah, yang mereka jangka bermula pada pertengahan Januari. – AFP