Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberian vaksin negara ini antara yang tertinggi

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Pemberian dos kedua bagi vaksin COVID di Negara Brunei Darussalam secara keseluruhannya adalah 103.7 peratus dan dos ketiga adalah 78.9 peratus, yang mana kadar vaksinasi kedua-dua dos tersebut adalah antara yang tertinggi di dunia.

    “Manakala bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun yang sudah mendapat dos kedua setakat ini ialah 87 peratus dan kanak-kanak yang menerima satu dosialah 93 peratus. Hampir menyerupai jumlah dos pertama.”

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam sesi soal jawab di Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menjelaskan mengenai kadar vaksinasi di negara ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menjelaskan mengenai dos kedua bagi kanak-kanak yang telah dijangkiti COVID, pihak kementerian akan menundakannya terlebih dahulu sebelum kanak-kanak tersebut boleh mendapatkan dos kedua.

    “Alhamdulillah, ini sangat memberangsangkan sebab dengan tingginya (kadar) vaksinasi di negara kita dengan ekonomi kita yang sudah terbuka, ia akan dapat menjamin keselamatan,” tekannya.

    Beliau juga berharap dengan doa semua juga kita boleh mengawalnya dalam masa endemik ini dan menghindari terjejasnya perkhidmatan kesihatan.

    “Kita pun boleh melihat setiap hari kategori 4 dan 5 adalah pada tahap yang rendah. Alhamdulillah,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda