Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberigaan RKN12 ke Belait

    BELAIT, 23 NOV – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan program ‘Jelajah Daerah Belait’ bagi memberigakan perancangan RKN12 pada 20 November lalu di Dewan Persidangan Kuala Belait, Daerah Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Jabatan Daerah Belait, Yang Mulia Awang Muhammad Faiq bin Haji Rani. Turut hadir semasa berkenaan ialah Pengarah Bahagian Rancangan Kemajuan Negara, MOFE, Yang Mulia Dayang Hajah Salawati binti Haji Puasa dan para penghulu mukim; ketua kampung; ketua Jabatan; ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan pihak swasta.

    Yang Mulia Awang Muhammad Faiq hadir selaku tetamu kehormat.

    Program Jelajah Daerah Belait ini merupakan inisiatif berterusan oleh Kementerian ini bagi memberigakan perancangan RKN12 yang menjadi landasan utama dalam menyediakan pembangunan asas bagi memudahcara dan mendukung ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

    Program kali ini turut memberi penekanan mengenai penglibatan aktif para penghulu mukim, ketua kampung dan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, serta penyertaan pengusaha dan pemaju tempatan dalam menjayakan projek-projek pembangunan di seluruh negara.

    Atas & Bawah: Antara suasana semasa taklimat berkenaan.

    Selaras dengan tumpuan tersebut, pelaksanaan pembangunan RKN12 di Daerah Belait akan memberi fokus kepada penambahbaikan infrastruktur asas termasuklah kawasan perindustrian, kemudahan pendidikan, kesihatan serta pelaksanaan inisiatif pendigitalan dan teknologi hijau yang menyokong pertumbuhan ekonomi baharu.

    Semasa program pemberigaan tersebut, selain daripada taklimat-taklimat mengenai Rancangan Kemajuan Negara Keduabelas (RKN12) dan Brunei Accredited Green Unified Seal (BAGUS), turut diadakan juga Mini Pameran RKN12 dan aktiviti jualan MPK bagi mempromosikan budaya dan produk-produk tempatan.

    Semua di atas: Antara suasana semasa program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda