Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberigaan RKN12 ke Tutong

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 19 NOV – Dengan matlamat untuk membarigakan Perancangan Pembangunan Negara di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12 (RKN12) yang terdapat di Daerah Tutong, Bahagian Rancangan Kemajuan Negara, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengadakan program Jelajah RKN bagi memberigakan perancangan RKN12 yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kemasyarakatan, Daerah Tutong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Haji Mohammad Sofian hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

    Turut hadir semasa program berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pengarah di Bahagian Rancangan Kemajuan Negara, MOFE, Hajah Salawati binti Haji Puasa serta para ketua jabatan, penghulu mukim, ketua kampung, ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan pihak swasta di Daerah Tutong.

    Program Jelajah RKN itu bertujuan untuk membarigakan Perancangan Pembangunan Negara dibawah RKN12 yang terdapat di Daerah Tutong termasuk pelaburan dalam infrastruktur moden, pendidikan, teknologi dan kemudahan awam yang menjadi pemacu utama pertumbuhan, kesejahteraan sosial serta kelestarian alam sekitar.

    Program pembarigaan berkenaan turut memberi penekanan mengenai penglibatan aktif para penghulu mukim, ketua kampung serta sektor swasta dalam sama-sama menyokong pembangunan di peringkat daerah dan negara.

    Semasa program pembarigaan itu, selain daripada taklimat-taklimat mengenai Rancangan Kemajuan Negara Kedua belas (RKN12) dan Brunei Accredited Green Unified Seal (BAGUS) oleh pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, turut diadakan juga Mini Pameran RKN12 dan aktiviti jualan Majlis Perundingan Kampung dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana bagi mempromosikan budaya dan produk-produk tempatan.

    Semua di atas: Haji Mohammad Sofian menyaksikan mini pameran dan aktiviti jualan yang diadakan semasa program berkenaan.

    Semua di atas: Antara yang hadir pada program berkenaan.

    Taklimat mengenai RKN 12 yang disampaikan semasa program berkenaan.
    Haji Mohammad Sofian yang hadir pada program berkenaan. – Gambar serahan MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda