Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberontak Colombia setuju gencatan senjata sementara

    BOGOTA, 31 MAC – Kumpulan gerila berhaluan kiri, ELN, telah mengumumkan gencatan senjata selama sebulan dalam tindak balas kepada pandemik koronavirus, kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

    Pihak pemberontak berkata mereka akan mengantungkan kegiatan ketenteraan dari 1 April ‘sebagai tindakan perikemanusiaan’.

    Dalam kenyataan yang disampaikan berkata senator Colombia mencari untuk mewujudkan proses damai dengan kumpulan tersebut.

    National Liberation Army, mengambil maklum rayuan Setiausaha Umum PBB, Antonio Guterres untuk menghentikan konflik di seluruh dunia dengan negara-negara bergelut dengan pandemik, dan berkata bahawa pertubuhan Colombia turut melakukan tuntutan yang sama.

    Guterres mengalu-alukan tindakan tersebut dan berharap gencatan senjata ‘boleh membawa langkah untuk menyelamatkan komuniti dan kumpulan yang terdedah dalam konflik di rantau Colombia and membantu pihak berkuasa untuk fokus melawan pandemik’. Beliau menyeru agar kumpulan bersenjata lain beroperasi di Colombia ‘untuk melakukan perkara sama’. – AFP

    Pihak tentera bekerja membina hospital sementara di Colombia. Kumpulan gerila berhaluan kiri, ELN, telah mengumumkan gencatan senjata selama sebulan dalam tindak balas terhadap pandemik koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda