Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberontak dan kerajaan adakan perjumpaan

    BRAZZAVILLE, 18 Jan – Kerajaan Congo mengadakan perjumpaan dengan ahli kumpulan pemberontak utama semalam buat pertama kalinya sejak perjanjian gencatan senjata ditandatangani selepas berbulan-bulan memperbaharui konflik senjata di negara yang kaya dengan minyak itu.

    Para pejuang menunjukkan taat setia kepada bekas ketua pemberontak Frederic Bintsamou yang telah dibubarkan selepas perjanjian damai 2003 namun memuncak kembali pada April tahun lepas dalam bantahan pada pilihan raya semula Presiden Denis Sassou Nguesso.

    Pertempuran di wilayah selatan Pool menjejaskan sekurang-kurangnya 138,000 orang dan menyebabkan pilihan raya daerah tergendala pada Julai.

    Ia juga memutuskan perhubungan antara bandar Brazzaville dan pelabuhan minyak utama sekali gus memburukkan lagi situasi ekonomi negara yang sudah terjejas kerana harga minyak menjunam turun.

    “Ada satu masa untuk mengadakan peperangan dan ada juga masa untuk membuat perdamaian. Dan masa untuk perdamaian sudah tiba,” Menteri Dalam Negeri, Raymond Zephirin Mboulou berkata semalam.

    “Warga Pool tidak patut menerima apa yang telah berlaku di sana.”

    Perjanjian gencatan senjata telah ditandatangani bulan lepas di wilayah Pool, bandar Kinkala antara pihak berkuasa kerajaan dan Jean-Gustave Ntondo, perwakilan dari Bintsamou. Perwakilan dari kerajaan dan pemberontak kini membentuk suruhanjaya gabungan untuk mempersoalkan pelaksanaan perjanjian.

    Presiden Sassou Nguesso yang berusia 73 tahun memerintah Congo sejak lebih 30 tahun. Bekas ahli skuad payung terjun itu memegang tampuk pemerintahan sebagai presiden dari tahun 1979 hingga 1992 dan kembali berkuasa pada 1997 susulan peperangan saudara dengan Paderi Ntumi yang disifatkan sebagai pemberontak Ninja. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda