Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberontak di utara Syria ‘mula berundur’

    BEIRUT, 30 Sept – Pemberontak Pro-Turki hari ini mula berundur dari kawasan-kawasan di utara Syria di bawah perjanjian yang ditangani oleh Ankara dan Moscow untuk menghindari serangan tentera berskala besar di kubu utama dan terakhir pemberontak di negara itu, menurut seorang pemerhati.

    Pejuang dari kumpulan Faylaq al-Sham mula menarik diri dari kawasan luar bandar selatan dan pinggir bandar barat Aleppo dengan senjata berat, termasuk kereta kebal dan meriam,” kata Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan yang berpangkalan di Britain. Pengunduran itu sejajar dengan pelan yang dipersetujui bulan ini antara sekutu tentera rejim, Rusia dengan penyokong pemberontak, Turki untuk menghindari serangan besar-besar kerajaan di wilayah Idlib dan wilayah pemberontak berhampiran. Ia juga termasuk dengan menubuhkan satu zon bebas tentera.

    Faylaq al-Sham mempunyai kira-kira 8,500 hingga 10,000 pejuang yang merupakan sebahagian daripada perikatan yang disokong oleh Turki yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Kebangsaan (NLF), kata Ketua Balai Cerap, Rami Abdel Rahman kepada AFP.

    NLF dibentuk pada bulan Ogos dan bergabung dengan kumpulan Ahrar al-Sham dan Nureddine al-Zinki dengan puak pemberontak lain dengan sokongan Turki. Ia ditubuhkan bertujuan mengatasi kuasa yang semakin meningkat daripada kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), yang dipimpin oleh bekas anggota Al-Qaeda, yang menguasai 60 peratus daripada wilayah Idlib. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda