Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberontak komunis Myanmar selamatkan 138 ekor gajah

    MANDALAY, 6 SEPT – Pemberontak komunis yang bertempur dengan junta Myanmar telah menyelamatkan 138 ekor gajah semasa pertempuran berlaku di dalam hutan dan kawasan belukar di sekitar Mandalay.

    Gajah-gajah ini telah datang ke kem pemberontak dalam kumpulan dua hingga tiga ekor sejak Julai, kebanyakannya dipimpin oleh penjaga yang melarikan diri dari kem balak yang dikawal oleh junta.

    Gajah yang lain telah diambil sebagai rampasan di wilayah yang ditawan oleh Parti Komunis Burma (CPB) ketika mereka bertempur dengan tentera dan rampasan kuasa 2021 yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi.

    “Kami bimbang jika tiada sesiapa yang mengawalnya, gajah-gajah ini akan jatuh ke tangan penyeludup,” kata Ni Ni Kyaw, setiausaha agung Tentera Pembebasan Rakyat CPB.

    “Jika gajah-gajah ini sampai ke pasaran gelap atau diambil oleh penyeludup, ia akan menghadapi masalah besar,” katanya kepada AFP kelmarin.

    Perusahaan kayu negara di Myanmar dipercayai menggunakan kira-kira 3,000 ekor gajah, kebanyakannya menyeret pokok yang baharu ditebang melalui hutan tebal ke hab pengangkutan dan kilang.

    Di salah satu kem PLA minggu lalu, lebih 10 haiwan itu melutut dalam barisan bersama penjaganya sebelum bergerak.

    Seorang askar (CPB) yang sedang menyamar telah membawa senapang naik ke platform kayu di belakang salah seekor gajah dan kumpulan kecil itu bertempiaran lari ke dalam hutan. – AFP

    Pemberontak komunis bergambar dengan gajah dan penjaganya di daerah Thabeikkyin di wilayah Mandalay. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda