Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberontak Selatan Sudan bebas 3 pekerja minyak

    JUBA, Selatan Sudan, 31 Mac – Pemberontak Selatan Sudan berkata mereka telah membebaskan tiga pekerja minyak – dua warga India dan seorang Pakistan – selepas mereka diculik dan ditahan selama tiga minggu di tengah-tengah perang saudara.

    Satu kenyataan daripada ketua pemberontak, Riek Machar berkata lelaki berkenaan telah dibebaskan dan kedutaan India dan Pakistan sudah dimaklumkan.

    Duta India ke Selatan Sudan, Srikumar Menon, memberitahu agensi berita AP hari ini ‘sangat bersyukur, bahawa ia sudah berakhir.

    Tiga lelaki berkenaan dibebaskan pada Khamis itu adalah subkontraktor bagi Dar Petroleum, sebuah konsortium syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak yang berpangkalan di bandar Juba, Selatan Sudan.

    Ia tidak jelas kenapa mereka diculik di rantau Upper Nile.

    Dua warga India berkenaan telah dibawa ke bandar kejiranan Sudan dikatakan tidak dicederakan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda