TUNIS, 3 Nov – Seorang anggota polis Tunis meninggal dunia semalam sehari selepas dia ditikam oleh seorang pemberontak di luar parlimen di bahagian bandar Tunisia yang sibuk, menurut pihak berkuasa.
Pemerintah Riadh Barrouta yang lehernya dikelar dengan pisau dalam serangan Rabu lalu ‘telah meninggal dunia’, menurut jurucakap kementerian dalam negeri Yasser Mesbah.
Pegawai kedua mengalami cedera ringan di dahinya pada serangan awal pagi sebelum penyerang itu yang berusia dalam 20an segera diberkas. Selepas serangan itu, menurut kementerian dalam negeri penyerang itu telah mengaku menggunakan ideologi ‘pemisah’ tiga tahun lalu.
Penyerang itu, yang datang dari pinggir kota Tunis akan dihadapkan kepada pihak pendakwa anti pengganas hari ini, menurut Sofiene Sliti, jurucakap pejabat pendakwa. Pihak berkuasa juga berkata mereka telah menjalankan siasatan ke atas pembocoran sebuah rakaman video berdurasi seminit.
Serangan Rabu lalu itu berlaku bersebelahan Muzium Negara Bardo yang tersohor yang menjadi tapak serangan maut kumpulan Islam IS dalam tahun 2015 yang mengorbankan 21 orang pelancong asing dan seorang anggota polis.
Tunisia diletakkan di bawah keadaan darurat sejak November 2015 selepas satu lagi serangan yang mengorbankan 12 orang pengawal presiden di tengah bandar itu
Selepas kejadian tikaman itu, Presiden Beji Caid Essebsi menekankan ‘keperluan memberikan keutamaan mutlak’ kepada perundangan ‘untuk menjamin hak” polis dan tentera. – AFP