Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pemberontak Yaman serang kemudahan tenaga Arab Saudi

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 20 MAC – Pemberontak Huthi Yaman melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Arab Saudi hari ini yang menyasarkan loji gas asli cair, loji penyahgaraman air, kemudahan minyak dan stesen jana kuasa, lapor media kerajaan Saudi.

    Serangan itu tidak menyebabkan kematian, kata pakatan tentera pimpinan Arab Saudi yang bertempur di Yaman, tetapi merosakkan kenderaan awam dan rumah di kawasan tersebut. Salvo itu menandakan peningkatan terbaharu dalam serangan rentas sempada Huthi ke atas Arab Saudi ketika rundingan damai masih terhenti dan konflik yang selama tujuh tahun telah memusnahkan sebahagian besar Yaman.

    Serangan itu juga berlaku ketika syarikat gergasi minyak Arab Saudi yang disokong kerajaan Aramco mengumumkan bahawa keuntu-ngannya melonjak 124 peratus pada 2021 kepada AS$110 bilion, lonjakan besar yang didorong oleh kebimbangan baharu tentang kekurangan bekalan global, harga minyak yang melambung tinggi dan pemulihan permintaan bahan api daripada wabak tersebut. – AP

    Pasukan bomba ketika cuba memadamkan kebakaran di terminal Aramco di bandar sempadan selatan Jizan, Arab Saudi, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...