Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembersihan masjid giat dilaksana

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Dalam memastikan keadaan masjid dan persekitaran sentiasa dalam keadaan sempurna, aktiviti membersihkan masjid Kampung Sungai Buloh telah diadakan kelmarin.

    Aktiviti berkenaan dianjurkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir masjid Kampung Sungai Buloh dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Buloh.

    Turut menyertai aktiviti berkenaan adalah Pemangku Ketua Kampung Sungai Buloh, Pengiran Halidi bin Pengiran Haji Ibrahim; Pemangku Ketua Imam, Haji Syu’ib bin Abdullah; dan Awang Mohd Azem Shukri bin Abu Bakar. 

    Antara lain tujuan aktiviti berkenaan diadakan adalah mempersiapkan masjid untuk menyambut kedatangan Bulan Ramadhan selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan AJK dan ahli jemaah masjid berkenaan.

    Atas & Bawah: Antara aktiviti yang dilakukan.

    Antara yang terlibat dalam aktiviti berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda