Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembesar suara mudah alih

    Dalam mengorak langkah di arus kemodenan yang semakin canggih, jenama Bose juga tidak mahu ketinggalan apabila baru-baru ini jenama tersebut telah melancarkan pembesar suara pintar mudah alih mereka yang dinamakan sebagai ‘Bose Portable Home Speaker’.

    Bose Portable Home Speaker mempunyai berat sekitar 1 kilogram dan berdimensi 19.05sm tinggi dan lebar 10.16sm. Pembesar suara ini direka untuk mudah dibawa ke mana sahaja dengan satu tangkai pemegang.

    Menyokong platform media

    Ia juga menyokong AirPlay 2, Spotify Connect, Amazon Alexa dan juga Google Assistant melalui sambungan Bluetooth atau WiFi. Bateri pula dikatakan bertahan selama 12 jam dan mempunyai kualiti audio dengan bass yang lebih dalam dan pengedaran bunyi 360 darjah.

    Ia turut mempunyai aplikasi ‘The Bose Music‘ untuk lebih kawalan dan menambat pembesar-pembesar suara lain seperti SoundLink Micro, Color, Mini, dan Revolve untuk bunyi yang lebih imersif. Tidak cukup dengan itu, kelak pada tahun hadapan, Bose akan menambah sokongan kepada Bose Portable Home Speaker untuk pengedaran bunyi 360 darjah yang lebih mengasyikkan. – Agensi

    Bose Portable Home Speaker mempunyai berat sekitar 1kg dan berdimensi 19.05sm tinggi dan lebar 10.16sm. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda