Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembesaran LTS rancakkan aktiviti pelancongan

    SANDAKAN, 30 Okt – Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan (LTS) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2018 Jumaat lepas akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan di daerah ini dan Kinabatangan. Pengerusi Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) Johnny Lim berkata langkah ini juga mampu meningkatkan kehadiran pelancong khususnya dari luar negara.

    “Kami berharap pembesaran Lapangan Terbang Sandakan membabitkan naik taraf landasan bagi membolehkan lebih banyak penerbangan terus ke daerah ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

    “Penerbangan terus dari luar negara ke lapangan terbang ini khususnya dari China diperlukan bagi merancakkan aktiviti pelancongan terutamanya dari segi meningkatkan kehadiran jumlah pelancong,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

    Pada masa sama, beliau berkata pembesaran LTS bukan sahaja memberi manfaat kepada pengusaha pelancongan di daerah ini dan Kinabatangan malah secara tidak langsung turut menjana ekonomi penduduk setempat.

    Johnny berkata komitmen bagi pembesaran LTS itu menunjukkan kerajaan prihatin dengan permintaan pengusaha pelancongan di daerah ini yang meminta kerajaan membantu usaha meningkatkan kehadiran pelancong. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda