Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pembiaya tarik diri, filem terjejas

    Kali pertama berkongsi kisah, pengarah Aziz M Osman mengaku terpaksa menyiapkan filem XX Ray III yang ditayangkan pada 2019, dengan satu pertiga kos akibat pembiaya menarik diri.

    Menceritakan pengalaman perit menghasilkan sekuel ketiga francais filem sci-fi XX Ray itu, Aziz sepatutnya memperoleh bajet RM3 juta untuk menghasilkan XX Ray III.

    Filem XX Ray III yang ditayangkan pada 24 Januari 2019, mengisahkan tiga anak muda iaitu Rayyan yang juga pelajar fizik, Sam dan Lana yang menjadi pekerja rahsia syarikat perindustrian berpangkalan di Jordan, menggerakkan misi menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj hartawan muda, Rosman.

    Aziz menganggap filem XX Ray III cukup mengecewakannya apabila pembiaya menarik diri sehingga menjejaskan proses penerbitan dan dia berdepan pelbagai masalah.

    Tambahnya, sebagai pembikin filem, beliau perlu meneruskan kerja produksi filem berkenaan dengan dana yang ada dan menanggung segala kesannya.

    Aziz menganggap filem XX Ray III cukup mengecewakannya apabila pembiaya menarik diri sehingga menjejaskan proses penerbitan. – Agensi

    Serik dengan pengalaman itu, Aziz berpesan jika penerbit atau syarikat produksi tidak mempunyai dana mencukupi, usah berani menghasilkan filem.

    “Saya puji Syamsul Yusof kerana menghasilkan filem dengan bajet RM8 juta dan kutipan lebih RM90 juta.”

    Menyentuh segelintir penerbit yang tidak terbuka dengan kritikan terhadap filem dihasilkan, Aziz berkata, setiap pembikin filem tidak terkecuali daripada dikritik.

    “Saya sudah berpuluh tahun dalam ind ustri. Kritikan apa pun, kena telan. Kita tak boleh cakap yang pengkritik merosakkan filem.

    “Bagi saya, tiada masalah kerana ini soal selera. Kalau dia tengok filem kita tidak bagus, dia kata tidak bagus, kita kena terima dan hadapi,” katanya.

    Aziz pernah mengarah filem hebat seperti Leftenan Adnan, Puteri Impian, Baginda, Bintang Hati dan Fantasi ini.

    Filem XX Ray III ditayang di pawagam tempatan pada 24 Januari 2019 dan dilapor dianggap kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan RM56,000. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...