BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Projek Dokumentari Visual yang dianjurkan oleh Pusat Dana Asia Jepun dan Pusat bagi Pengajian Asia Tenggara (CSEAS), Kyoto University, menawarkan platform kepada pembikin filem Asia untuk memperlihatkan kehidupan harian menerusi dokumentari-dokumentari dan memperkenalkannya kepada penonton yang lebih meluas.
Tahun ini, projek berkenaan adalah bagi dokumentari-dokumentari pendek di bawah tema ‘Kehidupan Bandar di Asia Tenggara’, jelas Kedutaan Besar Jepun di Negara Brunei Darussalam dalam kenyataan di sini.Antara syarat-syarat untuk menyertai projek berkenaan adalah ia dibukakan kepada rakyat negara-negara di Asia Tenggara dan Jepun, dokumentari mestilah tidak melebihi 30 minit dan tempoh permohonan dari 1 Jun hingga 1 September 2017.
Permohonan dan syarat-syarat lanjut boleh didapati di laman sesawang https://vdp.cseas.kyoto-u.ac.jp/en/requirements/ dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi e-mel pada pertengahan Oktober 2017.
Pemohon yang berjaya akan dijemput ke majlis tayangan di Kyoto pada 7 Disember 2017 dan Tokyo pada 9 Disember 2017.
Bagi maklumat lanjut dan proses permohonan, layari laman sesawang https://vdp.cseas.kyoto-u.ac.jp/en/ manakala itu, bagi pertanyaan lanjut, hantar e-mel ke alamat vdp@cseas.kyoto-u.ac.jp.