Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembinaan jalan hubungkan Miri ke Long Terawan dijangka bermula tahun depan

    MIRI, 13 FEB – Pembinaan jalan lebih 100 Kilometer menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula tahun depan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

              Beliau berkata, pelan laluan jalan raya itu telah dipersetujui dan apabila siap kelak akan memendekkan masa perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira satu setengah jam.

              “Dengan adanya jalan itu, Mulu boleh dihubungkan dengan kawasan Gunung Buda di Limban.

              “Harap-harap dapat mulakan tahun depan kerana tahun ini JKR masih melakukan proses tender,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Jawatankuasa Perhubungan SUPP Parlimen Miri-Sibuti di sini, malam tadi.

              Abang Johar berkata kawasan Niah di Miri juga akan dibangunkan dengan infrastruktur asas bagi meningkatkan nilai pelancongan di sana. 

              Ia lanjutan daripada cadangan Sarawak kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan Niah sebagai Tapak Warisan Dunia. – Bernama

     

    Gambar hiasan Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda