Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

Pembinaan jalan raya di Lintas selamat untuk pengguna

-

KOTA KINABALU, 8 OGOS – Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah mengesahkan jalan raya yang siap dibina di Jalan Lintas di sini adalah selamat kepada pengguna dan dibina mengikut prosedur serta kriteria yang ditetapkan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata laluan itu yang siap awal tahun ini juga telah memenuhi audit keselamatan jalan raya peringkat keempat dan kini sedang dalam proses audit peringkat kelima.

“Saya berpuas hati dengan penjelasan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan setiausaha kementerian bahawa jalan raya ini dibina berdasarkan prosedur dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JKR dan audit keselamatan jalan raya.

“JKR disyorkan supaya meletakkan papan tanda peringatan had laju tidak melebihi 70 kilometer sejam di setiap tiang jejambat di kawasan itu supaya pengguna berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan terutamanya pada waktu hujan,” katanya kepada pemberita selepas melawat jalan itu hari ini.

Pada Sabtu lepas, kira-kira pukul 11:40 malam, tiga beranak maut manakala seorang kanak-kanak parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas.

Bung Moktar berkata hasil siasatan berhubung punca kejadian kemalangan itu akan diperoleh dalam tempoh terdekat sebelum diumumkan kepada orang ramai. – Bernama

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kanan) diberi penerangan ketika melawat jejambat Jalan Lintas, Luyang kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -