KUALA LUMPUR, 18 NOV – Kerajaan bersetuju pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata kementeriannya dan Kementerian Kerja Raya dalam proses memuktamadkan terma-terma rujukan untuk melaksanakan proses Permohonan Cadangan (RFP) yang dijangka dapat dikemukakan kepada syarikat berminat sebelum penghujung tahun ini.