Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembinaan kemudahan pusat data UNN bermula

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Bagi menandakan bermulanya pembinaan kemudahan pusat data Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) atau UNN Tungku Prefab Data Centre seluas 51,000 kaki per segi, majlis pecah tanah telah berlangsung di Stesen Pendaratan Submarin UNN, Tungku, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis pecah tanah berkenaan ialah Pengarah UNN, Hajah Amalina binti Haji Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif UNN, Dr Steffen Oehler; Naib Presiden Vertiv Asia, Paul Churchill dan Naib Presiden Kanan Pusat Data & IT UNN, Daniele Cuocci.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Kewangan UNN, Bernd Flack; Ketua Pegawai Operasi UNN, Lukasz Trzos; Pengarah Kanan Jualan Telekom Asia Vertiv, Danny Wong; Pengarah Projek Vertiv, Selvarajoo Sibra-maniam; Ketua Jualan Telekom Malaysia dan Brunei Vertiv, Kevin Khong; Naib Presiden Kanan Network Factory UNN, Chris Phan; serta pengurus kanan, pegawai dan kakitangan dari UNN.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dr Steffen menggariskan perkembangan projek itu sejak penandatanganan kontrak antara UNN dan Vertiv pada Mac lalu, dengan modul dan peralatan pusat data telah direka dan sedang menjalani ujian sebelum ia akan dihantar ke Brunei dan didirikan di Stesen Pendaratan Submarin Tungku.

    Hajah Amalina, Dr Steffen Oehler, Paul Churchill dan Daniele Cuocci menyempurnakan upacara pecah tanah bagi pusat data UNN berkenaan. – Gambar serahan UNN
    Gambar serahan UNN

    Syarikat Tenaga Berakas beroperasi baik dengan menyediakan lokasi itu dengan jana kuasa bebas kedua untuk memastikan ketersediaan tinggi dan daya tahan kemudahan pusat data tersebut.

    “Pusat data baharu itu akan siap dalam tempoh lima bulan dari sekarang dan datang pada masa yang sesuai di mana projek gentian kami dalam fasa terakhir dan perkhidmatan 5G baharu dilancarkan pada Jun lalu,” kongsinya.

    Beliau menambah, dengan sambungan yang boleh dipercayai dan berkelajuan tinggi yang sedia ada di Brunei, pendigitalan dalam ekonomi Negara Brunei Darussalam sedang mencari semua pembo-leh untuk melaksanakan projek bagi logistik pintar, bandar pintar, Hab Pembayaran Digital, e-kerajaan, Internet of Things, dan lain-lain.

    Pusat data baharu itu sedia untuk beroperasi awal tahun depan dan akan menambah portfolio UNN DCIT untuk membolehkan syarikat ICT di Brunei menyediakan apa yang telah diketengahkan dalam Pelan Induk Digital 2025, dan apa yang diperlukan oleh
    ekonomi.

    Menurut UNN, pusat data berkenaan dibina untuk menempatkan pusat data dan perkhidmatan IT serta infrastruktur kerajaan dan perniagaan swasta di Brunei.

    Bersama lokasi-lokasi pusat data sedia ada UNN yang lain, peningkatan kapasiti dan perkhidmatan disediakan dalam pengagihan komponen kritikal.

    Untuk memastikan kemudahan pusat data itu dalam keadaan ketersediaan tinggi dan kecekapan tenaga yang tinggi, UNN bekerjasama dengan Vertiv, penyedia global bagi infrastruktur digital penting dan penyelesaian kesinambungan, untuk mereka bentuk dan membina pusat data UNN sebagai infrastruktur cekap eko yang selaras dengan pelan hala tuju pendigitalan Brunei dan bagi memastikan memenuhi keperluan digital Brunei yang semakin meningkat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda