Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Kesihatan dalam mempertingkatkan kemudahan untuk orang ramai, bagi memastikan akses yang lebih mudah dan selesa ketika mengunjungi Pusat Pergigian Negara, Berakas, pembinaan lif baharu sedang dijalankan di pusat berkenaan.
Di sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan pengunjung supaya berhati-hati ketika berada di sekitar kawasan pembinaan tersebut. Kesabaran dan kerjasama orang ramai adalah sangat dihargai ketika pembinaan sedang dijalankan.
Orang ramai boleh menghubungi talian operator 2380433, 2380434, 2380435 sambungan 195, semasa waktu pejabat, di Pusat Pergigian Negara, Berakas bagi sebarang maklumat lanjut atau menghubungi Talian Darussalam 123.