Wednesday, February 19, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembinaan loji penyimpanan dan penapisan petroleum di SOGIP bermula April ini

    KOTA KINABALU, 18 FEB – Usaha pembinaan bagi projek loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), kira-kira 144 kilometer dari sini, dijangka bermula pada April ini.

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata projek pembinaan milik Petroventure Energy Sdn Bhd itu mampu menapis minyak sehingga 150,000 tong sehari (BPD) manakala kemudahan penyimpanan berkapasiti tiga juta meter padu untuk minyak mentah dan produk petroleum ditapis.

    Projek di tanah seluas 161 hektar di SOGIP itu tidak hanya mampu menarik pelaburan asing langsung (FDI) bernilai lebih AS$3.5 bilion (RM15.5 bilion), tetapi juga bakal mewujudkan hampir 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

    “Lebih 3,000 orang tenaga pekerja dijangka diperlukan sewaktu pembinaan projek ini dan lebih 1,000 orang tenaga pekerja tetap diperlukan apabila loji ini beroperasi sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek pembinaan loji itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu disini hari ini.

    Menjelaskan selanjutnya, Hajiji berkata projek itu merangkumi pembangunan jeti, fasiliti pemeringkatan minyak, makmal ujian petroleum dan bangunan pentadbiran. – Bernama

    Projek Hab Tenaga Minyak dan Gas akan dibina Taman SOGIP. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda