Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembinaan PPR langkah struktur kawasan penempatan di Kunak

    KUNAK, 29 Nov – Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pangkalan yang dibina Kerajaan Barisan Nasional di Kunak merupakan antara langkah menstruktur kawasan penempatan penduduk di daerah ini supaya lebih teratur, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Nilwan Kabang.

    Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak berkata kira-kira 70 peratus penduduk di kawasan rumah setinggan atas air telah berpindah dan memasuki rumah PPR yang disediakan kerajaan.

    “Kerajaan telah membina rumah PPR Sri Pangkalan yang kondusif serta selesa untuk penduduk dengan tiga bilik dan dua tandas. Ini sekali gus memastikan pembinaan rumah setinggan atas air di Kampung Pangkalan dapat dikawal dan Kerajaan Persekutuan akan menambah bilangan rumah PPR ini supaya kawasan itu bebas setinggan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi penduduk dari rumah ke rumah dalam program Ziarah Akidah bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda