Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pembinaan semula Syria penting untuk kestabilan serantau

    GENEVA, 24 OKT – Selepas 14 tahun kemusnahan, Syria mesti segera dibangunkan semula bagi membawa kestabilan kepada negara itu dan rantau sekitarnya, kata seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara yang dilanda perang itu kepada AFP.

    Pembinaan semula menjadi antara cabaran paling besar yang dihadapi oleh pihak berkuasa Islam baharu Syria selepas kejatuhan pemerintah lama, Bashar al-Assad, pada Disember lalu.

    “Masyarakat antarabangsa sememangnya perlu segera membantu membina semula Syria,” kata Rawhi Afaghani, timbalan wakil Program Pembangunan PBB (UNDP) di Syria, kepada AFP minggu ini ketika lawatan ke Geneva.

    “Bantuan untuk membolehkan negara ini bangkit semula dan keluar daripada peperangan serta kemusnahan ini bukan sahaja penting untuk rakyat Syria, tetapi juga untuk kestabilan dan kebaikan seluruh rantau,” katanya dalam temu bual tersebut.

    Perang saudara Syria, yang meletus pada 2011 selepas tindakan keras Assad terhadap tunjuk perasaan anti-kerajaan, telah mengorbankan lebih setengah juta nyawa dan memusnahkan infrastruktur negara itu.

    Bank Dunia minggu ini menganggarkan bahawa kos pembinaan semula Syria selepas perang boleh mencecah sehingga AS$216 bilion. Afaghani berkata beliau tidak dapat menetapkan nilai sebenar bagi pembinaan semula itu, tetapi menggambarkan keperluannya sebagai ‘amat besar’. – AFP

    Pemandangan kemusnahan di kawasan kejiranan Qaboun di Damsyik, ibu negara Syria pada 19 Oktober. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...