Monday, February 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembinaan tembok AS-Mexico undang bencana alam sekitar

    BANDARAYA MEXICO, 7 Nov – Saranan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membina tembok di sempadan AS dan Mexico bakal mengundang “bencana alam sekitar,” lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    “Tembok itu akan mengundang bencana atas pelbagai sebab … dan antaranya ia bakal menjadi satu bencana di peringkat alam sekitar,” kata John Knox, Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia dan alam sekitar, dalam satu forum berkaitan biodiversiti di sini.

    “Biodiversiti dan ekosistem tidak peduli dengan sempadan politik, ia tidak akan berhenti di mana tembok bermula,” kata Knox ketika ditanya pendapat beliau mengenai langkah kontroversial itu.

    Satu halangan fizikal yang teguh boleh mengganggu pergerakan dan kemandirian spesies serantau, katanya. “Saya harap tembok itu tidak akan dibina.” – Bernama

    Tembok yang memisahkan Mexico (kiri) dan selatan San Diego di San Diego. Seorang pegawai PBB berkata saranan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membina tembok di sempadan AS dan Mexico bakal mengundang bencana alam sekitar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda