MEXICO CITY, 7 Nov – Saranan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membina tembok di sempadan AS dan Mexico bakal mengundang “bencana alam sekitar,” lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Tembok itu akan mengundang bencana atas pelbagai sebab … dan antaranya ia bakal menjadi satu bencana di peringkat alam sekitar,” kata John Knox, Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia dan alam sekitar, dalam satu forum berkaitan biodiversiti di sini.
“Biodiversiti dan ekosistem tidak peduli dengan sempadan politik, ia tidak akan berhenti di mana tembok bermula,” kata Knox ketika ditanya pendapat beliau mengenai langkah kontroversial itu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn