Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pembuat cip beli VMware sekitar AS$61 bilion

    NEW YORK, 26 MEI – Broadcom mengumumkan hari ini, satu perjanjian bernilai AS$61 bilion untuk membeli firma pengkomputeran awan VMware dalam satu transaksi teknologi besar yang mengembangkan tawaran perisian pembuat cip.

    Perjanjian tunai dan saham itu – salah satu gabungan teknologi terbesar – akan menggabungkan aset perisian pembuat cip Broadcom dengan VMware, pemimpin dalam pengkomputeran awan dan teknologi virtualisasi.

    Gabungan itu direka untuk merangsang tawaran Broadcom kepada para pelanggan bagi membolehkan ‘pilihan lebih besar dan fleksibel untuk membina, mengurus, menjalankan, menghubungkan dan melindungi aplikasi pada skala persekitaran pelbagai dan pengagihan,” menurut kenyataan bersama dari syarikat-syarikat yang mengumumkan perjanjian tersebut.

    Diketuai oleh ketua eksekutif Hock Tan, Broadcom berkembang menerusi pemerolehan, melaporkan hasil pendapatan fiskal 2021 sekitar AS$27.5 bilion.

    Pada 2017, Broadcom membuat tawaran tanpa diminta untuk memiliki pesaingnya, Qualcomm sekitar AS$117 bilion, namun transaksi itu disekat oleh pentadbiran presiden ketika itu, Donald Trump berhubung alasan keselamatan negara. – AFP

    Gambar fail bertarikh 3 Jun 2021, menunjukkan pejabat Broadcom di San Jose, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...