Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembuat makanan plastik di Jepun menyelerakan

    IA MUNGKIN nampak cukup baik untuk dimakan, tetapi replika makanan Jepun yang mengecurkan air liur itu hanya untuk pertunjukan sahaja ketika tuan-tuan punya restoran bersaing bagi menarik tumpuan para pelanggan yang lapar.

    Itu adalah pemandangan yang biasa di negara yang terlalu memikirkan makanan, dengan segala-galanya dari bir berbuih dan sushi berkilat hinggalah hamburger dipamerkan.

    Membuat replika makanan adalah seni dan yang mana Noriyuki Mishima telah menghabiskan enam dekad terakhir melakukan penyempurnaan.

    “Saya belum menghitung lagi, tetapi saya mesti telah membuat berpuluh-puluh ribu hidangan ini,” katanya wanita berusia 79 tahun itu, ketika dia mengecat daging panggang plastik.

    “Perkara paling sukar adalah mungkin mendapatkan warna yang betul.”

    Kebanyakan makanan plastik ini dibuat dengan silikon berbanding lilin. – AFP
    Kebanyakan makanan plastik ini dibuat dengan silikon berbanding lilin. – AFP

    Tidak ada mesin kompleks atau alat khas di Hatanaka, sebuah firma lapan orang di pinggir bandar Tokyo yang mana orang veteran seperti Mishima melihat diri mereka sebagai orang yang mahir.

    Ia hanyalah alat-alat memotong yang mudah, berus mengecat, alat penyembur dan oven pengeringan di syarikat kecil yang mempunyai papan tanda “Fake Food Hatanak” di bahagian hadapannya.

    Mereka tidak menggunakan lilin lagi, tetapi silikon tahan lama pada hari ini, hanya amalan itu bagaimanapun telah berubah sedikit sejak replika pertama dibuat di Jepun kira-kira sedekad lalu. Pada awal 1920an, mereka-mereka yang mahir, yang telah menghasilkan model-model organ manusia untuk para doktor, telah diminta oleh pihak-pihak restoran untuk melakukan yang sama bagi makanan yang hendak mereka jual.

    Idea itu tersebar dengan cepatnya ketika populariti makan di luar semakin meningkat dan orang luar bandar pergi ke bandar-bandar.

    Tidak biasa dengan apa yang ditawarkan oleh restoran-restoran bandar, model-model itu telah memberikan laporan visual pantas kepada para penghuni negara dan begitu juga penduduk tempatan tentang keistimewaan chef.

    Sentuhan seorang artis

    Terdapat juga pilihan pesanan mudah bagi para pelancong asing di sebuah negara yang mana kebanyakan menu adalah dalam bahasa Jepun sahaja.

    “Gambar-gambar sebenarnya tidak memberikan pertimbangan jelas – replika-replika dalam saiz sebenar boleh membantu supaya para pelanggan segera tahu apabila mereka masuk ke restoran tentang apa yang dijangkakan, malah sebelum mereka dilayan,” kata Norihito Hatanaka yang menjalankan syarikat keluarga yang ditubuhkan pada pertengahan enam puluhan.

    Hatanaka tidak begitu bimbang tentang teknologi baru, seperti pencetak 3 dimensi, yang mengambil alih perniagaan replika makanan.

    “Pencetak 3 dimensi tidak dapat membentuk semula sentuhan seseorang yang mahir itu dan ia akhirnya akan lebih mahal kerana bahan-bahannya mahal dan masih perlu terus melukisnya,” ujarnya. “Ia adalah pekerjaan bagi manusia yang mempunyai kreativiti yang tidak ada pada mesin. Ia tidak tahu apa yang cantik dan menyelerakan.”

    Idea itu tersebar dengan cepatnya ketika populariti makan di luar semakin meningkat dan orang luar bandar pergi ke bandar-bandar. – AFP
    Idea itu tersebar dengan cepatnya ketika populariti makan di luar semakin meningkat dan orang luar bandar pergi ke bandar-bandar. – AFP

    Bagi seorang yang mahir, Mishima, sesetengah kerja paling sukar ialah menghasilkan semula produk mentah seperti sushi.

    “Apabila ikan panggang, warna ciri-ciri adalah lebih mudah untuk dibentuk semula,” ujarnya. “Namun membentuk warna kesegaran, itu sukar.” Sebarang makanan boleh dibentuk semula dari acuan silikon, sama ada ia kek mampung atau burger membahang.

    Setiap cebisan – roti bun, tomato, keju, dibuat secara berasingan sebelum ia dicat dan diatur keping demi keping. Langkah terakhir ialah lapisan varnis untuk menjadikan makanan tampak lebih berkilat yang pasti menarik perhatian orang melintas yang dalam keadaan lapar.

    Namun replika bukannya murah. Satu hidangan boleh menelan kos beberapa ratus dolar, dengan demikian sebilangan restoran menyewa set model makanan mengikut bulan dengan kos sehingga 6,000 yen.

    Replika plastik

    Takizo Iwasaki, yang firma miliknya mengawal kira-kira separuh pasaran di Jepun, secara meluas dipuji kerana menjadikan makanan palsu kini perniagaan bernilai $90 juta namun ia bukanlah industri yang berkembang.

    Restoran-restoran mahal tidak menggunakan idea replika plastik untuk menunjukkan hidangan-hidangan mereka dan idea itu tidak menarik perhatian di kebanyakan luar Jepun.

    Namun Mishima dan rakan-rakan sekerjanya, tiga dua puluhan wanita – berpendapat replika-replika tidak akan lagi pudar menjadi sejarah kulinari.

    “Itu adalah impian sejak kecil untuk membuat replika makanan ini,” kata seorang pekerja, Asumi Shimodaira, ketika yang membuat ravioli yang tidak boleh dimakan.

    Bagi presiden syarikat Hatanaka, itu adalah model berfungsi – seperti spageti melilit garpu yang tergantung di udara – itu adalah kegemarannya.

    Namun firma itu tidak berpuas hati untuk terus dengan resipi lama. Ia memasuki bidang baru seperti aksesori fesyen replika makanan, seperti anting-anting buah, cincin telur goreng dan cekak rambut kepingan daging, boleh dijual dengan harga 36,000 yen. “Kami tidak berpuas hati hanya dengan mengambil tempahan dari restoran-restoran,” menurut Hatanaka. “Kami ingin membuat ciptaan asli juga.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda