Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembuatan kimchi guna inovasi ilmiah

    PYONGYANG – Kim Jong Un telah menjadikan seni pembuatan kimchi sebagai satu sains. Malah pemimpin Korea Utara itu telah melabur wang yang tinggi dalam mencapai usahanya itu.

    Di kawasan pinggir Pyonyang yang dikelilingi oleh ladang-ladang dan rumah hijau yang diliputi salji merupakan salah satu projek terbaru Kim yang mana dikenali sebagai Kilang Kimchi Ryugyong. Kilang tersebut telah menghasilkan sekitar 4,200 ton hidangan sayur-sayuran Korea yang ikonik itu untuk tempoh setahun.

    “Kemudahan baharu yang digunakan dalam kilang tersebut membuatkan ki-lang itu mampu untuk bertahan lama dan teknologi baru yang telah dikemaskinikan itu dibuka pada bulan Jun tahun lalu selepas mendapat kelulusan terakhir daripada Kim,” kata pengurus Paek Mi Hye kepada wartawan media.

    Kilang ini bertujuan untuk mempamerkan usaha Kim untuk meningkatkan ekonomi domestik Korea Utara dan menghasilkan lebih banyak serta lebih baik lagi produk-produk pengguna.

    Strategi itu dikenali sebagai ‘Byungjin’ dan bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara dan program senjata nuklear Korea secara serentak.

    Ujian nuklear di bawah tanah sering kali diulangi oleh Korea Utara dan pelancaran peluru berpandu jarak jauh yang dapat dirasakan mencapai tanah besar Amerika Syarikat telah membawa lebih banyak sekatan di Utara berbanding sebelumnya.

    Kilang ini bertujuan untuk mempamerkan usaha Kim untuk meningkatkan ekonomi domestik Korea Utara dan menghasilkan lagi lebih banyak dan lebih baik terhadap produk-produk pengguna. – AP

    Dalam setiap proses pembuatan kimchi, pemeriksaan yang teliti perlu ditekankan untuk memastikan kualiti dan kebersihan pembuatan kimchi terjamin. – AP

    Mempelbagaikan bidang

    Namun para pakar luar percaya bahawa negara itu ketika ini masih bergelut khususnya dalam banyak bidang namun masih menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang sederhana dan pengeluaran pertanian yang lebih baik.

    “Negara ini mungkin akan menjadi sebuah negara yang mempunyai peluru berpandu balistik dan senjata nuklear yang akan beroperasi di seluruh benua dalam masa satu atau dua tahun lagi,” tambah kenyataan para pakar itu lagi.

    Kebanyakan ilmu sains yang diterapkan, menurut pembuat dasar utara adalah sangat penting untuk diaplikasikan terhadap semua bidang. Kim telah berjaya merubah langit-langit Pyongyang dengan pangsapuri yang tinggi untuk menempatkan saintis roketnya dan jurutera nuklearnya yang dianggap begitu bernilai dan berharga.

    Paek secara berulang kali menegaskan semasa memberi lawatan kemudahan kepada The Associated Press bagaimana untuk mendapatkan makanan istimewa kuno seperti kimchi untuk mendapat manfaat daripada inovasi ilmiah sains.

    Paek yang pernah mengiringi Kim semasa lawatan presiden itu ke kilang berkenaan berkata bahawa kilang itu mempunyai sekitar 150 orang pekerja tetapi kebanyakan kerja dilakukan secara automatik malah selain itu, tujuan kilang itu adalah untuk menerapkan satu operasi dengan cara saintifik bagi setiap peringkat.

    Dalam setiap proses pembuatan kimchi, pemeriksaan yang teliti perlu ditekankan untuk memastikan kualiti dan kebersihan pembuatan kimchi terjamin malah kilang itu juga mempunyai ‘Analyzer Kimchi’ iaitu sejenis teknologi yang cuba untuk mengekalkan tahap garam dan asid laktik dengan betul dan tepat sekali gus mengekalkan lagi dinamik ramuan yang ideal dan tepat.

    Hidangan tradisi

    Penduduk Korea Utara dan Selatan telah lama membuat kimchi untuk beberapa generasi dan sering mewariskan setiap resipi keluarga ini daripada ibu kepada anak perempuan atau ibu mertua kepada menantu perempuan.

    Pada tahun 2015, pihak UNESCO telah meletakkan hidangan kimchi ini sebagai ‘Warisan Kebudayaan Manusia’ dengan menyatakan bahawa perkongsian pengetahuan tradisional dari bahan-bahan yang disediakan untuk persiapan penduduk dalam menghadapi musim sejuk.

    “Warisan hidangan tradisi ini sebenarnya meningkatkan kerjasama antara keluarga, kampung dan juga masyarakat, yang lebih banyak menyumbang kepada perpaduan sosial yang rapat,” tambah Paek lagi kepada media.

    Paek turut mengakui bahawa sesetengah penduduk mungkin akan menolak dan tidak lagi mengamalkan pembuatan tradisi kimchi. “Namun sesetengah penduduk telah menyedari kualiti dan kebolehpercayaan produk buatan kilang kami,” tambah Paek lagi.

    Kilang ini sekurang-kurangnya telah berjaya menghasilkan sekitar lapan produk kimchi dari rempah pokok ‘tong kimchi’ yang sangat pedas, berwarna merah dan dibuat sepenuhnya dari sayur kubis malah kilang ini juga membuat kimchi untuk kanak-kanak yang mana menggunakan ramuan yang sederhana berbanding kimchi biasa. Produk kimchi diagihkan kepada restoran-restoran dan kedai-kedai runcit di sekitar Pyongyang.

    “Ini adalah model kami dan kilang-kilang lain seperti kami sedang dirancang di setiap wilayah untuk memperkembangkan lagi bahan-bahan serta proses pembuatan kimchi dengan adaptasi penggunaan ilmu sains,” tambah Paek mengakhiri temu ramah bersama media. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda