Thursday, April 3, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembuatan maklumat elektronik China meningkat

    BEIJING, 4 JUN – Pembuatan maklumat elektronik China melaporkan pengembangan yang stabil pada April, dengan nilai tambah syarikat-syarikat utama dalam sektor tersebut meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data rasmi.

    Dalam tempoh empat bulan pertama tahun itu, nilai tambah syarikat pengeluar maklumat elektronik utama susut 0.4 peratus tahun ke tahun, menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat.

    Penurunan ini mengecil daripada kejatuhan sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac.

    Data tersebut menunjukkan bahawa dalam tempoh bulan Januari hingga April, pelaburan aset tetap dalam sektor tersaebut meningkat 14.2 peratus tahun ke tahun, 5.9 mata peratusan lebih tinggi daripada semua industri dalam tempoh yang sama. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda