Saturday, November 16, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembukaan pangkalan strategik bantu pantau operasi

    NEW DELHI, 3 MAC – Tentera laut India berkata ia sedang mengukuhkan pasukan di pulau-pulau yang ‘penting dari segi strategik’ yang berhampiran Maldives, dengan satu pangkalan baharu akan dibuka hanya beberapa hari sebelum Male mula menghantar pulang tentera India.

    Hubungan antara India dan Maldives telah merosot sejak Presiden pro-China, Mohamed Muizzu memenangi pilihan raya tahun lalu selepas berjanji untuk mengusir tentera India.

    India curiga dengan kehadiran China yang semakin meningkat di negara kepulauan itu, yang melintasi laluan perkapalan antarabangsa timur-barat utama dan pangkalan baharu itu akan melanjutkan ‘pemantauan operasi’ New Delhi ke atas kawasan itu, kata tentera laut dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Muizzu telah meminta India untuk menarik balik 89 anggota keselamatan yang berpangkalan di Maldives untuk mengendalikan pesawat peninjau, dengan kumpulan pertama akan berlepas pada 10 Mac dan semuanya akan berangkat dalam tempoh dua bulan.

    Pangkalan baharu itu, yang akan dibuka pada 6 Mac di kepulauan Lakshadweep India, akan mengubah kumpulan kecil tentera laut sedia ada menjadi ‘unit tentera laut bebas’, menurut kenyataan tentera laut itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda