Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembungkus makanan musnahkan harapan Alonso

    SAKHIR, 30 AMC – Nasib malang menimpa Fernando Alonso apabila pembungkus sandwic telah merosakan kepulangannya ke Formula Satu di Grand Prix Bahrain.

    Pembungkus itu ditemui berada di dalam brek belakang kereta Alpine dipandu juara dua kali, Alonso selepas dia terpaksa dikeluarkan pada pusingan ke-32 semasa Grand Prix pertamanya sejak menamatkan perlumbaan di Abu Dhabi pada 2018.

    “Selepas berhenti kali kedua, pembungkus sandwic tersekat di dalam brek belakang kereta Alonso, yang menyebabkan suhu tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada sistem brek,” kata ketua pasukan, Marcin Budkowski.

    Sebelum pembungkus makanan segera itu memperlahankan aksinya, Alonso, 39, layak di kedudukan kesembilan untuk pasukan Alpine milik Renault beraksi dengan warna baharu.

    Pelumba lain Alpine, Esteban Ocon, menamatkan di kedudukan ke-13 selepas harapan untuk mengutip satu mata berkecai setelah berlanggar dengan juara dunia empat kali, pemandu Jerman, Sebastian Vettel dalam kereta Aston Martin. – AFP

    Aksi Fernando Alonso semasa sesi uji pandu di Sakhir baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda