BEIJING, 30 JULAI – Seorang pembunuh bersiri yang membunuh enam orang dan merogol 10 orang wanita dan dua kanak-kanak termasuk seorang berusia 12 tahun, dijatuhkan hukum mati hari ini, menurut mahkamah tertinggi negara.
Zhao Zhihong, 47, dikenali sebagai ‘pembunuh tersenyum’ dijatuhkan hukuman mati di Inner Mongolia dalam 2015 bagi jenayah yang dilakukannya di kawasan utara dalam 1996 dan 2005.
Dia mencekik kebanyakan mangsa dengan tangannya namun membunuh seorang dengan mencekiknya menggunakan wayar telefon dan memenggal seorang yang lain.
“Ciri jenayahnya amat mengerikan,” kata Mahkamah Tinggi Rakyat yang menetapkan keputusan muktamad ke atas hukuman matinya. – AP