Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembunuh tikam 50 kali seorang jemaah masjid

    MARSEILLE, 27 APRIL – Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, mengutuk pembunuhan seorang jemaah Islam ketika solat dalam masjid dan pada masa kini polis sedang giat memburu suspek yang turut merakamkan mangsa ketika hampir mati.

    “Seorang jemaah dibunuh semalam. Kekejaman Islamofobik itu dipamerkan dalam sebuah video. Kami bersimpati dan bersama keluarga mangsa serta jemaah yang terkejut dengan tragedi ini.

    “Aset-aset negara telah digerakkan untuk memastikan pembunuh itu ditangkap dan dihukum,” katanya dalam satu catatan mesej yang disiarkan di platform sosial X.

    Penyerang terbabit menikam jemaah itu sekurang-kurangnya 50 kali, kemudian merakamnya dengan telefon bimbit sambil menghina Islam dalam serangan pada Jumaat lalu di kampung La Grand-Combe di wilayah Gard, selatan Perancis.

    Pada awal semalam, penyiasat berkata mereka sedang menyiasat pembunuhan itu sebagai jenayah yang mungkin berpunca daripada Islamofobia.

    Anggota forensik dan pasukan polis Perancis menjalankan siasatan di masjid tempatan La Grand-Combe, selatan Perancis, pada 25 April – AFP

    Sehingga semalam, suspek masih bebas, kata pendakwa raya wilayah, Abdelkrim Grini kepada AFP.

    Rakaman yang diambil oleh pembunuh itu menunjukkan dia menghina Islam sebaik sahaja melakukan serangan itu.

    Suspek menghantar video yang dirakam dengan telefonnya, menunjukkan mangsa begitu sengsara, kepada seseorang yang kemudian berkongsi video itu di platform media sosial sebelum memadamkannya.

    Cara pembunuhan tidak ditunjukkan dalam gambar yang dimuat naik ke media sosial tetapi dirakam oleh kamera keselamatan di dalam masjid.

    Dalam rakaman itu, pembunuh menyedari kewujudan kamera pengawasan dan kedengaran berkata “Saya akan ditangkap, itu pasti.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda