Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Pembunuh Zara kekal ke tali gantung

    PUTRAJAYA, 2 JULAI – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting rambut yang membunuh seorang anak damit perempuan dikenali ‘Zara’, sehingga mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian vagina akibat serangan seksual, enam tahun lepas.

    Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Rhodzariah Bujang selepas menolak rayuan akhir perayu Hazmi Majid, 42, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

    “Sabitan dan hukuman (gantung sampai mati) adalah selamat. Mahkamah ini mengekalkan hukuman sepertimana diputuskan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Rhodzariah yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

    Terdahulu, peguam T. Vijayandran yang mewakili perayu berhujah anak guamnya tidak sedar perbuatan tersebut kerana di bawah pengaruh dadah, selain memohon lelaki itu dikenakan hukuman penjara 30 tahun jika mahkamah mengetepikan hukuman mati.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi berkata rayuan bahawa Hazmi di bawah pengaruh dadah wajar ditolak, berdasarkan tindakannya cuba melupuskan bahan bukti dengan membasuh tuala bagi menghilangkan darah menunjukkan dia sedar ketika kejadian berlaku.

    Tetralina berkata kes berkenaan menepati kehendak ‘kes paling jarang di antara yang jarang berlaku’ yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.

    “Mangsa dihantar ibunya ke rumah pengasuh pada hari kejadian pada pukul 6:45 pagi dan nazak 1:30 tengah hari. Anak damit itu hanya seberat 8.26 kilogram, gigi pun belum tumbuh manakala pendarahan teruk pada otak menyebabkan peluangnya untuk hidup amat tipis,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...