Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pembunuhan 5 lelaki di California berkaitan

    STOCKON, CALIFORNIA, 3 OKT – Ganjaran berjumlah AS$85,000 telah ditawarkan untuk maklumat yang membawa kepada penahanan dalam insiden lima tembakan maut sejak Julai di Stockton, California, yang menurut siasatan adalah berkaitan, kata polis.

    Selepas menyemak rakaman pengawasan, detektif telah mengesan orang penting yang tidak dikenali dalam pembunuhan itu, Ketua Polis Stockton Stanley McFadden menulis di halaman Facebook jabatan itu pada Sabtu. Polis mengeluarkan imej seorang yang dirakam dari belakang, berpakaian serba hitam dan memakai topi hitam.

    Pembunuhan terbaharu berlaku sejurus sebelum 2 pagi Selasa, apabila seorang lelaki berusia 54 tahun ditembak di kawasan perumahan di utara pusat bandar, kata McFadden.

    Polis berkata dia adalah lelaki kelima yang maut ditembak sejak 8 Julai dalam jarak beberapa batu persegi. Detektif percaya kesemua lima pembunuhan berkaitan ‘berdasarkan siasatan kami dan laporan yang kami terima,’ kata McFadden.

    Polis berkata, mangsa masing-masing berjalan bersendirian apabila mereka dibunuh pada waktu petang atau awal pagi di bandar dengan 320,000 penduduk kira-kira 50 batu ke selatan ibu negeri, Sacramento.

    Mangsa berumur antara 21 hingga 54 tahun, empat daripada lelaki itu adalah Hispanik dan seorang kulit putih, kata McFadden.

    “Kami komited untuk melindungi komuniti dan menyelesaikan kes-kes tersebut menggunakan semua sumber yang kami gunakan termasuk awda. Kami perlukan bantuan awda!

    “Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penyiasatan tersebut diminta menghubungi kami dengan segera. Sila ingat mangsa kita mempunyai ahli keluarga yang bersedih yang memerlukan penyelesaian. Jika awda tahu sesuatu, katakan sesuatu,” kata ketua itu menerusi halaman Facebook.

    Bandar Stockton memberikan ganjaran AS$75,000 dan Stockton Crime Stoppers menawarkan ganjaran tambahan AS$10,000. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...