Thursday, May 15, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembunuhan beramai-ramai tahun 1947: Penduduk tuntut keadilan

    TAIPEI – Bagi Pan Hsin-hsing, bunga teratai serta baunya memberikan kenangan pahit buatnya untuk beberapa tahun. Bau kuat bunga tersebut memenuhi ruang bilik tempat mayat ayahnya dibaringkan selepas mati dihukum sebelum dikebumikan.

    Dia baru berusia enam tahun apabila Pan Mu-chih, seorang doktor dan ahli politik tempatan ditangkap, diseksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1947 yang merupakan penyebab ‘pembersihan politik’ yang dilakukan selama beberapa tahun di Taiwan. Ia dikenali sebagai ‘White Terror’.

    Nota terakhir daripada ayahnya ditulis di atas bungkusan rokok yang diseludup keluar dari penjara dan diberikan kepadanya oleh seorang penjaga penjara.

    “Jangan bersedih, ayah mati untuk penduduk bandar ini. Ayah mati tanpa penyesalan,” katanya dalam nota itu.

    Pan berucap baru-baru ini di peringatan kebangsaan untuk mangsa-mangsa tindakan keras tentera di bawah pimpinan nasionalis Chiang Kai-shek, yang juga merupakan ahli parti Kuomintang yang memerintah Taiwan pada masa itu. Dia meminta keadilan yang telah lama tertangguh bagi pihak ahli keluarga mangsa.

    Surat-surat selamat tinggal yang ditulis oleh ‘mangsa 228’. – AFP
    Surat-surat selamat tinggal yang ditulis oleh ‘mangsa 228’. – AFP
    Pan menunjukkan gambar pengebumian ayahnya selepas dihukum. – AFP
    Pan menunjukkan gambar pengebumian ayahnya selepas dihukum. – AFP

    Ayah Pan merupakan pengkritik KMT dan dibunuh oleh skuad penembak bersama-sama ahli politik tempatan lain di selatan bandar Chiayi. Pada masa itu, rusuhan anti kerajaan berlaku di sana.

    Rusuhan-rusuhan itu merupakan pergolakan awam yang berlaku di seluruh pulau yang bermula pada 28 Februari 1947. Rusuhan itu bermula berikutan kejadian seorang inspektor memukul seorang wanita yang menjual rokok tanpa cukai di Taipei. Kekerasan serta-merta yang dilakukan terhadap penunjuk perasaan telah membunuh sekurang-kurangnya 28,000 orang.

    Pan juga kehilangan abangnya yang berumur 15 tahun. Dia telah ditembak setelah keluar mencari ayah mereka yang hilang. Namun keluarga mereka memberitahu bahawa anak muda itu mati membunuh diri kerana takut akan kesan yang akan menimpa mereka jika mereka memberitahu perkara sebenar.

    Seorang lagi dari lapan adik-beradiknya memeluk ayah mereka yang sedang nazak setelah menjumpai stesen kereta api tempat penghukuman itu dijalankan, kata Pan dalam suara yang terketar-ketar. Mayat ayahnya dibawa ke klinik keluarga mereka, yang merupakan tempat ayahnya bekerja sebagai doktor. Mayatnya dibaringkan di dalam bilik menunggu supaya orang lain dapat melawat dan memberikan penghormatan.

    Pan memberitahu bahawa beberapa orang abang dan kakaknya dipenjara untuk beberapa bulan kerana dituduh sebagai ‘perisik komunis’ dan beberapa lagi adik-beradiknya mengalami kemurungan. Untuk beberapa tahun, dia mengaitkan pengalaman pahitnya itu dengan bunga teratai.

    “Saya ingat melihat bunga teratai dan mencium baunya, pada masa itu lelaki-lelaki yang datang melawat mayat ayah saya marah kerana ayah saya dibunuh, dan wanita-wanita pula menangis,” katanya kepada AFP. “Ia sangat memeritkan.”

    Pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1947 itu merupakan permulaan untuk ‘pembersihan musuh’ kerajaan antara tahun 1949 dan 1987 di bawah undang-undang marsial yang dikenakan oleh Chiang dan anaknya. KMT kemudian meninggalkan negara itu dan pergi ke Taiwan setelah ia dikalahkan oleh Parti Komunis Mao Zedong dalam perang saudara di tanah besar China.

    Rekod rasmi menyatakan bahawa sekitar 140,000 orang dibicarakan oleh mahkamah tentera semasa White Terror dan sekitar 3,000 ke 8,000 orang dihukum. Banyak yang percaya angka sebenar lebih tinggi.

    Kerajaan Taiwan pada masa itu yang diperintah oleh Parti Progresif Presiden Tsai Ing Wen telah berjanji untuk menyiasat pembersihan politik tersebut. Namun, sebahagian aktivis mengkritik perkembangan laporan yang dikatakan tidak progresif.

    Yeh Hung-ling mengetuai kumpulan kempen yang cuba untuk mencari keadilan bagi keluarga-keluarga mangsa dan menolong mereka untuk mencari surat-surat terakhir dari orang kesayangan mereka. Kumpulan itu meminta supaya ‘arkib undang-undang politik’ baru diterapkan agar mereka mendapat akses kepada fail yang ditegah.

    Pan Hsin-hsing, anak kepada seorang daripada ‘mangsa 228’ menunjukkan gambar ibu bapanya. – AFP
    Pan Hsin-hsing, anak kepada seorang daripada ‘mangsa 228’ menunjukkan gambar ibu bapanya. – AFP
    Pakaian ayahnya yang dipakai sewaktu dihukum. – AFP
    Pakaian ayahnya yang dipakai sewaktu dihukum. – AFP

    Aktivis lain mahu imej Chiang dihapuskan – patung-patungnya di seluruh Taiwan dirosakkan setiap tahun pada 28 Februari.

    Pan percaya Chiang lah yang bertanggungjawab di atas kematian ayahnya. Dia percaya, dewan peringatan dalam nama bekas pemimpin Taipei patut dinamakan semula dan patung-patung Chiang patut dibuang. Beberapa orang aktivis telah mengugut untuk menumbangkan patung tersebut baru-baru ini untuk memperingati pembunuhan beramai-ramai itu.

    Laporan yang dibiayai oleh kerajaan pada 2006 menyatakan bahawa Chiang harus bertanggungjawab atas tindakan keras yang berlaku pada tahun 1947. Namun, ahli kempen memberitahu bahawa setakat ini belum ada pemberitahuan rasmi yang mengatakan Chiang lah pelakunya mahupun peranannya dalam ‘pembersihan’ besar-besaran itu.

    “Kami mahu kebenaran dijelaskan dan orang yang bertanggungjawab harus menerima hukuman, dan nama mereka disenaraikan dalam rekod rasmi dan buku-buku,” kata Yang Chen-long, ketua Memorial Foundation 228.

    Semasa Pan menyampaikan ucapan baru-baru ini bersama Presiden Tsai, dia memperbaharui permintaannya untuk memadamkan imej Chiang dari landskap Taiwan sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.

    Pan merupakan antara orang Taiwan pertama yang mendedahkan pengalaman keluarganya sewaktu ‘pembersihan politik’ dilakukan. Sebelum ini, semua perbincangan mengenai tindakan keras dianggap ‘taboo’ sehinggalah undang-undang marsial ditarik balik pada tahun 1987 dan Taiwan memulakan perjalanannya ke arah mencapai demokrasi.

    Bungkusan rokok dengan tulisan nota dari ayah Pan kini di arkibkan di National 228 Memorial Museum di Taipei. Baju ayahnya yang berlumuran darah yang dipakainya pada hari dia dibunuh juga disimpan di sana.

    Pan memberitahu bahawa ‘pembersihan’ harus diingati untuk mengelak dari berulangnya tragedi di Taiwan.

    “Kami tidak mahu membalas dendam,” katanya kepada AFP. “Kami hanya mahukan keadilan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/