Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembunuhan di Gaza musnah kepercayaan pertubuhan dunia

    NEW DELHI, 3 DIS – Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza akan memusnahkan ‘kredibiliti rapuh’ organisasi-organisasi dunia, kata kerajaan sementara Afghanistan.

    Afghanistan kelmarin mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak gencatan senjata tamat pada Jumaat lalu.

    Pentadbiran Afghanistan itu menggesa negara-negara berpengaruh dan badan-badan hak asasi manusia untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki.

    “Pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Palestin akan meruntuhkan keyakinan yang sudah rapuh terhadap organisasi-organisasi antarabangsa dan konvensyen-konvensyen kemanusiaan,” menurut Afghanistan dalam satu kenyataan.

    Sejak konflik bermula pada 7 Oktber lalu, Israel telah membunuh atau mencederakan hampir 2.5 peratus penduduk di Gaza. – Bernama

    Rakyat Palestin memeriksa sebuah bangunan yang musnah berpunca daripada serangan udara Israel di bandar Khan Younis, Gaza, pada 3 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda