ISTANBUL, 29 NOV – Turki berkata hari ini bahawa pembunuhan seorang saintis nuklear utama Iran adalah tindakan ‘keganasan’ yang mengganggu keamanan di rantau ini.
“Kami merasa kesal dengan kematian Mohsen Fakhrizadeh dalam serangan bersenjata. Kami mengecam pembunuhan keji ini dan mengucapkan takziah kepada kerajaan Iran dan keluarga mangsa,” kata kementerian luar negeri Ankara dalam satu kenyataan. “Turki menentang semua inisiatif yang bertujuan mengganggu keamanan di rantau ini dan menentang semua bentuk keganasan. – AFP