Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemburuan berakhir dengan penemuan mayat

    WASHINGTON, 19 SEPT – Polis Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengatakan mereka telah menemui mayat yang dipercayai milik seorang lelaki yang disyaki menembak lima orang dalam satu siri tembakan di lebuh raya di Kentucky, mengakhiri buruan selama 10 hari.

    Puluhan pegawai polis menggunakan helikopter, dron dan anjing pengesan telah menggeledah kawasan berhutan di negeri selatan itu untuk mencari Joseph Couch, seorang lelaki berusia 32 tahun.

    Pada 7 September, bekas tentera simpanan AS itu membeli senapang raifal secara sah dan kira-kira 1,000 butir peluru di bandar kecil London. Pada hari yang sama, dia melepaskan tembakan ke arah kereta yang memandu di sepanjang lebuh raya I-75, mengenai 12 kenderaan dan mencederakan lima orang, sebelum melarikan diri.

    Couch juga berkongsi rancangan untuk membunuh dirinya sendiri selepas kejadian tembakan itu, menurut satu dokumen mahkamah yang dipetik oleh media tempatan.

    Dua anggota polis negeri dan dua orang awam menemui “mayat yang tidak dikenali dalam semak tebal” berhampiran jalan keluar 49 lebuh raya, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Kentucky, Phillip Burnett Jr kepada pemberita.

    Pasukan polis telah menyasarkan kawasan itu selepas melihat “burung hering di udara,” katanya. Burnett menambah bahawa “barang-barang yang berkaitan dengan mayat” membantu mereka membuat kesimpulan bahawa mereka telah menemui mayat Couch. – AFP

    Lalulintas terhenti ketika kejadian tembakan aktif di Interstate 75 utara London, Kentucky, pada 7 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda