Monday, November 18, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemburuan haram menurun namun badak sumbu masih terancam

    GENEVA, 22 OGOS – Pemburuan tanduk haram telah menurun beberapa tahun kebelakangan tetapi kekal sebagai ancaman besar untuk kelangsungan hidup badak sumbu, kata Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) hari ini.

    Badan berpangkalan di Switzerland itu berkata 2,707 ekor badak sumbu diburu di Afrika antara tahun 2018 dan 2021, di mana 90 peratus daripadanya dibunuh di Afrika Selatan, terutamanya di Taman Negara Kruger.

    Afrika Selatan adalah rumah kepada hampir 80 peratus badak sumbu dunia.

    “Kadar pemburuan haram badak Afrika terus menurun daripada 5.3 peratus (2015) kepada 2.3 peratus pada 2021,” katanya dalam laporan.

    “Penurunan keseluruhan pemburuan badak sumbu adalah memberangsangkan, namun ia kekal ancaman teruk kepada kemandirian haiwan ikonik ini,” kata Sam Ferreira, Pegawai Saintifik dengan Kumpulan Pakar Badak Sumbu Afrika IUCN SSC.

    IUCN berkata pada 2020 adalah tahun luar biasa bagi pemburuan badak dengan sekatan Covid dan kekangan perdagangan dan pergerakan.

    Sekatan global akibat COVID menyaksikan beberapa negara Afrika mengalami penurunan kadar pemburuan pada 2020 berbanding tahun sebelumnya. – AFP

    Seekor badak sumbu di Taman Negara Etosha, Namibia pada 15 Ogos. Meskipun pemburuan haram telah menurun namun kelangsungan hidup badak sumbu tetap terancam. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda