Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PEMEDAYAN akhiri lawatan di Sarawak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Rombongan seramai 18 ahli Persatuan Melayu Kedayan Brunei (PEMEDAYAN) telah menamatkan lawatan selama enam hari ke Persatuan Kedayan Kuching (PAANAK) hari ini.

    Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan dan isteri dan Yang DiPertua PEMEDAYAN, Awang Zainal Tinggal sebagai ketua rombongan.

    Semasa lawatan itu mereka telah dibawa ke Kampong Budaya di Santubong yang mempamerkan bangunan-bangunan masyarakat etnik di negeri Sarawak.

    Kampong Budaya itu melambangkan kesungguhan kerajaan negeri Sarawak untuk mempertahankan budaya dan tradisi puak-puak asli Sarawak. Selain itu, mereka juga dibawa melawat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.

    Rombongan PEMEDAYAN itu juga menghadiri makan tengah hari yang dihoskan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Dr Ripin Bin Lamat dan turut hadir ialah Pengerusi PAANAK, Datu Dr Julaihi Bujang bersama beberapa orang ahli.

    Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti PEMEDAYAN yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat Kedayan di Borneo sambal berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan mengenai usaha melestarikan identiti dan budaya puak Kedayan. Sebelum ini, mereka juga pernah melawat masyarakat Kedayan di Labuan dan Sabah.

         Antara aktiviti rombongan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PEMEDAYAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda