Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemegang akaun Facebook ditahan kerana fitnah polis Kuching

    KUCHING, 9 April – Polis menahan seorang pemegang akaun Facebook di sini awal hari ini kerana dikatakan memfitnah dan menghina polis Bandaraya Kuching dalam catatannya.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dev Kumar berkata lelaki itu, kakitangan kontrak Dewan Bandaraya Kuching Utara ditahan kira-kira rumah 1 tengah hari di rumahnya.

    Sebuah telefon bimbit dirampas daripada suspek berusia 37 tahun itu yang direman sehingga Khamis untuk membantu siasatan.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak datang ke Stadium Perpaduan atau menghadapi risiko disaman polis trafik.

    Stadium tersebut ialah venue bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung sekarang.

    Pada 10:15 malam tadi, polis menerima laporan yang dibuat terhadap suspek yang menggunakan nama “Amirul Esok”.

    “Siasatan menunjukkan suspek sebelumnya telah disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu dekat stadium dan ini menyebabkan dia berasa marah,” kata Dev dalam satu kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda