Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemegang tiket Piala Dunia 2026 diberi keutamaan temu janji visa AS

    WASHINGTON, 18 NOV – Pemegang tiket Piala Dunia 2026 bakal menerima keutamaan ketika menjadualkan temu janji bagi permohonan visa ke Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan skim digelar ‘FIFA Pass’ di Rumah Putih selepas mesyuarat pasukan petugas Piala Dunia.

    “Jika awda memiliki tiket Piala Dunia, awda akan layak mendapat temu janji visa yang diberi keutamaan,” kata Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika berdiri di sisi Trump di Rumah Putih.

    Setiausaha Negara AS, Marco Rubio turut menasihatkan peminat bola sepak untuk membuat permohonan awal.

    “Nasihat kami, jika awda memiliki tiket ke mana-mana perlawanan, mohonlah visa secepat mungkin. Jangan tunggu hingga saat akhir,” katanya.

    “Tiket awda bukan visa. Ia tidak menjamin kemasukan ke AS. Ia hanya memberi awda temu janji yang dipercepatkan,” jelas Rubio.

    Beliau berkata bahawa proses saringan visa kekal sama.

    “Satu-satunya perbezaan ialah kami mengutamakan permohonan mereka terlebih dahulu dalam senarai menunggu,” katanya. – Bernama

    Trump dan Rubio mendengar ucapan Infantino semasa mesyuarat dengan pasukan petugas Rumah Putih mengenai Piala Dunia FIFA 2026 di Pejabat Oval Rumah Putih pada 17 November di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda