Monday, July 8, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Pememang bertuah rangkul hadiah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Empat orang pemenang bertuah telah membawa pulang hadiah berjumlah $10,000 setiap seorang sebagai pemenang cabutan suku kedua bagi Kempen BIBD Aspirasi 6 pada majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Majlis yang diadakan sebagai acara sampingan Pesta Pengguna ke-29 itu juga menyaksikan 24 orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah $1,000 setiap seorang sebagai pemenang cabutan bulanan kempen ganjaran berkenaan.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Jualan, Kumpulan Perbankan Runcit BIBD, Hajah Rohani binti Haji Mohd Salleh. Majlis turut dihadiri oleh pihak pengurusan dan kakitangan BIBD.

    Para pemenang telah dipilih daripada kumpulan pelanggan yang telah melanggan BIBD Aspirasi dan mengekalkan tempoh pegangan minimum 90 hari. Berikutan cabutan langsung awal bagi menentukan nombor sijil yang layak, acara pada hari ini mengetengahkan cabutan berasingan untuk menentukan pemenang-pemenang bulanan dan suku tahun.

    Untuk menyertai cabutan berkenaan, para pelanggan hanya perlu mengekalkan deposit minimum $50 sepanjang tempoh pegangan 90 hari.

    Program BIBD Aspirasi yang kini dalam kitaran ke-6, telah memberikan ganjaran kepada lebih 2,000 orang pemenang dengan jumlah kemenangan keseluruhan melebihi $4.4 juta sejak penubuhannya.

    BIBD Aspirasi 6 mencerminkan dedikasi tidak berbelah-bahagi bank berkenaan kepada keterangkuman dan literasi kewangan dengan kempen ganjaran, yang distruktur untuk menggalakkan dan memupuk tabiat menabung positif, menawarkan pelbagai hadiah sepanjang tahun.

    Di penghujung kempen berkenaan pada 30 November depan, seramai 288 pemenang bulanan dan 16 pemenang suku tahun akan diraikan bersama-sama dengan dua penerima hadiah utama membawa pulang $200,000 setiap seorang.

    BIBD Aspirasi 6 terus memperkasa dan memberikan ganjaran kepada penyimpan Brunei. Dengan mudah diakses melalui aplikasi BIBD NEXGEN serta dengan penyertaan minimum $50, BIBD Aspirasi 6 memberikan keterangkuman dan peluang tanpa had kepada semua.

    Para pemenang bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...