Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pemenang bertuah bawa pulang amanah saham bernilai $500

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Amanah saham bernilai $1,500 keseluruhannya telah diberikan kepada tiga pelanggan Standard Chartered Securities (SCSB) sebagai sebahagian daripada UOBAM Funds Campaign yang diadakan dari 15 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022.

    Penyampaian hadiah telah diadakan di Standard Chartered Priority Banking Centre di ibu negara pada baru-baru ini. 

    Ketua Pegawai Eksekutif SCSB, Brenda Low dan Pengarah Kanan dan Pengurus Besar UOB Asset Management (B) Sdn Bhd, Awang Kamal Muhammad telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang berkenaan yang melanggan mana-mana Unit Amanah UOBAM yang ditawarkan oleh SCSB semasa tempoh promosi berkenaan.

    Para pemenang bertuah tersebut ialah Haji Hamidun bin Haji Tamit, Yang Yit Kun atau Katherine Lee Chin Fei dan Foo Him To.

    Brenda Low menjelaskan bahawa SCSB berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Pengurusan Aset UOB untuk promosi pada kali ini. 

    Brenda Low dan Awang Kamal Muhammad bersama para pemenang semasa sesi bergambar ramai pada acara penyampaian hadiah berkenaan di Standard Chartered Priority Banking Centre. – Gambar serahan SCSB

    Beliau turut memberitahu bahawa tahun ini akan menyaksikan lebih banyak promosi dan peningkatan yang menarik dalam perancangan. 

    “SCSB akan terus menawarkan kempen menarik untuk pelanggan kami, memberikan nilai dan ganjaran yang lebih besar untuk pelaburan mereka,” jelas Brenda Low lagi.

    Untuk layak mengikuti cabutan promosi tersebut, para pelanggan SCSB perlu melanggan mana-mana Unit Amanah UOBAM, yang ditawarkan oleh SCSB dalam bentuk sama ada sekali gus atau Pelan Simpanan Biasa semasa tempoh promosi iaitu bagi United Sustainable Credit Income Fund (USCIF); United SGD Fund (USF); United Global Quality Growth Fund (UGQGF) dan United Global Healthcare Fund (UGHF).

    Selain cabutan bertuah, unit USCIF bernilai $20 juga diberikan kepada 100 pelanggan pertama USCIF sebagai sebahagian daripada promosi itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...