Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Brunei Darussalam petang tadi mengumumkan pemenang utama cabutan promosi akhir tahun Volkswagen (VW) pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen, Jalan Telanai.
Hadiah utama berupa wang tunai $2,500 dimenangi oleh Dayang Siti Radin Maz Zaitun manakala itu, Awang Mohd Amirul Afiq Jasni memenangi hadiah kedua berupa wang tunai $750 dan Dayang Nabilah binti Haji Murni menerima $500 selaku pemenang ketiga.
Selain hadiah utama, 49 orang pelanggan lainnya turut memenangi hadiah sagu hati berupa barangan elektrik, baucar dan telefon bimbit.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Maju Motors Sdn Bhd, Chan Fui Meng.
Dayang Siti Radin yang baru membeli kereta beliau baru-baru ini berkata, memenangi hadiah utama adalah kejutan bagi beliau.
Menurutnya, VW Vento memang sesuai untuk beliau kerana penggunaan minyak yang efisien dan keselesaan kereta tersebut.