Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang bertuah terima hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Seramai 16 orang pelanggan bertuah menerima hadiah selepas menyertai Kempen Uji Pandu Kereta Jaguar Land Rover anjuran Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal kereta Jaguar Land Rover di negara ini, pada majlis yang berlangsung di bilik pamerannya di Beribi, Gadong.

    Dr Sandeep Jain telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama uji pandu Jaguar yang membawa pulang Jaguar Heritage Watch, manakala tempat kedua, Dayang Zaty Bayani binti Haji Bolhassan memenangi hadiah keahlian tiga bulan Jab Gym sementara tempat ketiga dimenangi Pengiran Dr Ahmad Syukri bin Pengiran Haji Abdul Rahim yang membawa pulang Bang & Olufsen E8 Gen 3 headset.

    Lima lagi hadiah sagu hati kategori pemenang bagi kempen uji pandi Jaguar menerima hadiah sagu hati baucar bernilai $50 Under Armour Sports.

    Hadiah utama uji pandu kereta Land Rover pula dimenangi oleh Daniel Kueh Cha Kai yang membawa pulang hadiah Land Rover Solar Watch, diikuti Andy Lai Boon Ho di tempat kedua dengan hadiah keahilan Jab Gym selama tiga bulan dan tempat ketiga Alvin Yap Jok Kek menang hadiah Bang & Olufsen E8 Gen 3 headset sementara lima lagi pemenang hadiah sagu hati membawa pulang baucar $50 Under Armour Sports.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang utama ialah Pengurus Besar Indera

    Motors, Alfred Yong, manakala Pengurus Jualan Kelly Chin menyampaikan hadiah bagi pemenang penerima sagu hati uji pandu Jaguar dan Pengurus Jualan Zen Thea menyampaikan hadiah sagu hati kepada pemenang uji pandu Land Rover.

    Jaguar E-Pace merupakan kenderaan yang banyak menerima uji pandu semasa promosi berlangsung di mana 50 peratus dari jumlah tersebut adalah untuk uji pandu kereta Jaguar.

    Sementara untuk Land Rover, Defender pula sebanyak 51 peratus yang mencuba uji pandu kereta berkenaan dan ini diikuti dengan Range Rover Velar yang mencatat 22 peratus.

    Cabutan bertuah telah dibuat secara langsung melalui Instagram Jaguar dan Land Rover pada 22 Januari yang lepas.

    Alfred Yong menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang yang menyertai kempen tersebut. – Gambar serahan Indera Motors Sdn Bhd
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda